BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, November 2, 2008

Detik Kegemilangan


27/10/2008: Terciptanya satu lagi rekod Malaysia dalam bidang kesusasteraan melayu melalui bacaan Teromba selama 66 jam 57 minit tanpa henti. Ramai peserta daripada mahasiswa dan mahasiswi daripada program Kesusasteraan Melayu mengambil bahagian termasuk juga daripada program Pendidikan Seni dan lain-lain. Inilah kali pertama pelajar semester 1 program Kesusasteraan Melayu melibatkan diri dalam program yang gemilang ini sejak menjejakkan kaki di UPSI yang cemerlang, gemilang dan terbilang ini. Susah payah dan pahit manis pasti tergambar di minda semua peserta yang terlibat pada hari tersebut lebih-lebih lagi pengarah program tersebut, Abang Robani dari semester 5. Terlaksananya program tersebut kita dapat lihat contoh-contoh seorang guru yang berdedikasi dalam menjayakan sebuah program yang besar. tidak mustahil pada suatu hari nanti rekod dunia pula akan di ukir oleh mahasiswa/i Kesusasteraan Melayu dan Fakulti Bahasa. Sama-samalah kita berganding bahu dalam menaikkan nama sastera bukan sahaja di UPSI tetapi juga di mata dunia. HIDUP SASTERA UNTUK MASYARAKAT !!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails