BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 19, 2008

SELAMAT BERCUTI

SELAMAT BERCUTI KEPADA SELURUH WARGA UPSI DAN KEPADA SEMUA MAHASISWA/I PROGRAM KESUSASTERAAN MELAYU. SEMOGA SELAMAT PULANG DAN KEMBALI MENYAMBUNG PENGAJIAN PADA 5/01/2009.TAHNIAH KEPADA SEMESTER 1 2008/2009 KERANA BERJAYA MENAMATKAN PEPERIKSAAN PADA 21/11/2008.

Monday, November 3, 2008

Buat Mu Wahai Guru

BUATMU WAHAI GURU
Guru
Kita Bakal Guru
Kita Bakal Pendidik
Kita Bakal Penasihat
Kita Berpengaruh

Guru
Tanpa Kita Tanpa Pendidikan
Tanpa Kita Tanpa Sekolah
Tanpa Kita Tanpa Graduan
Tanpa Kita Tanpa Kejayaan

Guru
Wahai Guru
Engkau Laksana Bulan
Yang Memancar Cahaya Di Waktu Malam
Tanpa Bulan Gelap Gulita Lah Dunia
Pancaran Cahaya Mu Menerangkan Minda Semua

Guru
Engkau Pendidik Bangsa
Mendidik Anak Anak Muda
Untuk Menjadi Manusia Berguna
Yang Akan Berkhidmat Untuk Negara

Guru
Jangan Berputus Asa
Mengajar Anak Bangsa Kita
Hasilnya Akan Kelihatan
Bila Anak Murid Mu Dewasa Kelak

Guru
Jalankan Lah Tanggungjawabmu
Dengan Ikhlas Dan Dedikasi
Sesungguhnya Orang Yang Ketiga Yang Harus Kita Mendoakan
Adalah Kamu Semua Wahai Pendidik Bangsa Melayu MALAYSIA

06th August 2002

Sunday, November 2, 2008

Detik Kegemilangan


27/10/2008: Terciptanya satu lagi rekod Malaysia dalam bidang kesusasteraan melayu melalui bacaan Teromba selama 66 jam 57 minit tanpa henti. Ramai peserta daripada mahasiswa dan mahasiswi daripada program Kesusasteraan Melayu mengambil bahagian termasuk juga daripada program Pendidikan Seni dan lain-lain. Inilah kali pertama pelajar semester 1 program Kesusasteraan Melayu melibatkan diri dalam program yang gemilang ini sejak menjejakkan kaki di UPSI yang cemerlang, gemilang dan terbilang ini. Susah payah dan pahit manis pasti tergambar di minda semua peserta yang terlibat pada hari tersebut lebih-lebih lagi pengarah program tersebut, Abang Robani dari semester 5. Terlaksananya program tersebut kita dapat lihat contoh-contoh seorang guru yang berdedikasi dalam menjayakan sebuah program yang besar. tidak mustahil pada suatu hari nanti rekod dunia pula akan di ukir oleh mahasiswa/i Kesusasteraan Melayu dan Fakulti Bahasa. Sama-samalah kita berganding bahu dalam menaikkan nama sastera bukan sahaja di UPSI tetapi juga di mata dunia. HIDUP SASTERA UNTUK MASYARAKAT !!

Related Posts with Thumbnails